Tuesday, 30 October 2012

Alat Pertahanan Diri

Sediakan media- media yang dikehendaki seperti kulit keras kotak, kad manila, selefon tape, gam, pisau, gunting, pembaris dan pensel.

Lukiskan bentuk keris di atas kulit keras kotak tersebut...
Gunakan pisau dan gunting untuk memotong bentuk keris tersebut..Berhati- hati semasa menggunakan benda yang tajam!!


Inilah keris yang telah dipotong..
Lukiskan corak pada kad manila dan jadikan sebagai penutup keris..

Warnakan keris dengan warna poster..
Inilah keris yang telah siap!!

Contoh- contoh lain..




Wednesday, 10 October 2012

Karya ku..

Aktiviti sekolah

Perhiasan Basikal sempena Hari Kebangsaan

Mewarna poster dengan pensel warna..




Koleksiku

Inilah topeng serkup..wajah muka naga china..

Inilah beneka-patung yang dibuat oleh sponge..

Inilah gelang tangan yang dibuat oleh bahan terbuang!

Inilah kolaj..alam semula jadi!

Boneka- Teddy Bear

Sediakan beg plastik, butang terpakai, surat khabar lama, benang, jarum, gunting dan marker pen.
Guntingkan surat khabar lama supaya menjadi jalur kertas. Lukiskan rupa bentuk Teddy bear di atas beg plastik.


 Jahit tepi beg plastik dengan menggunakan jarum dan benang.
Ulangi langkah yang sama sehingga siap jahit seluruh badan Teddy bear seperti yang ditunjukkan dalam gambar. 
Teruskan usaha anda...
Teruskan usaha anda...:)
Bahagian bawah jangan jahit dulu..Di sini kena selit dengan jalur surat khabar lama!!


Renyukkan jalur surat khabar lama dan selit ke dalam badan Teddy bear..
Jahit dan tutup bahagian bawah Teddy bear..:)
Inilah Boneka- Teddy bear yang telah siap!!

Sunday, 7 October 2012

Kolaj- Bunga Tulip


1. Sediakan kertas warna yang berlainan bentuk seperti Kertas warna hijau dan merah yang berbentuk segi empat tepat serta jalur kertas warna hijau.
2. Lipat dedaun seperti yang ditunjukkan dalam video 1.
3. Lipat bunga tulip seperti yang ditunjukkan dalam video 2.
4. Inilah bunga tulip dan dedaun yang telah siap dilipat!

4. Susun bunga tulip dan dedaun mengikut kreativiti anda.

 6. Inilah kolaj bunga tulip yang telah siap!!


Saturday, 6 October 2012

Cat Air

                                                                         Bunga Lili

                                                                     Bunga Ros
                                                                       Ikan Emas

Rantai Leher

Gulungkan straw minuman seperti yang ditunjukkan dalam gambar sehingga menjadi bentuk ketupat.
 
Gulungkan straw minuman seperti yang ditunjukkan dalam gambar sehingga menjadi bentuk ketupat.
 
Ulangi gulungan straw minuman dalam langkah 2 sehingga menjadi manik yang berbentuk ketupat.
 Selitkan bahagian hujung straw minuman untuk mematikan lipatan tersebut.
Sediakan tali pancing dan jarum.
Cucuk jarum antara bucu ke bucu buah manik yang berbentuk ketupat.
Selang- selikan buah manik yang berbentuk ketupat dengan manik terpakai sehingga menjadi seutas rantai leher.
 

  Inilah rantai leher yang telah siap!